PnP Berkesan

PELAJARAN  : IBADAH
TAHUN          :  5
Tajuk             : Tayamum


Pengertian Tayamum
Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai dengan niat. 
Tayamum adalah menggantikan wuduk atau mandi hadas disebabkan keuzuran.

Dalil Perintah Tayammum
Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.
Maksud Hadis :

Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: …..dan (di antara keistimewaan yang diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air. ( Riwayat Muslim )

Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masing-masing.


Syarat-syarat tayamum
1. Tiada air setelah usaha dijalankan.
2. Mendatangkan bahaya jika menggunakan air
3. Telah masuk waktu solat
4. menggunakan debu yang bersih dan suci

 Peringatan :
Tayamum digunakan untuk satu solat fardu sahaja meskipun belum batal.

Bahan Untuk Bertayammum
Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding kerana tidak mengandungi debu tanah.



Sebab yang membolehkan tayamum
  • Apabila tiada air atau ada air tetapi cukup untuk keperluan diri dan ternakan
  • Ketiadaan air mutlak
  • Cuaca yanmg terlalu sejuk
Rukun-rukun tayamum

1. Niat


Sahaja aku tayamum kerana mengharuskan fardu senbahyang kerana Allah Taala


2. Menyapu debu tanah ke muka.
3. menyapu debu tanah pada kedua-dua tangan hingga
    ke siku.
4. Tertib

Cara-cara bertayamum

Sunat-sunat tayamum


1. Membaca Bismillah.....permulaannya 
2. Mengadap qiblat

3. Mendahului menyapu anggota kanan

4. Mengerjakan dengan berturut-turut


Perkara-perkara yang membatalkan tayamum

1.  Segala perkara yang membatalkan wuduk adalah membatalkan tayamum

2. Memperolehi air sebelum memulakan sembahyang ( bagi orang yang tidak uzur )

3.  Apabila orang yang uzur sudah boleh menggunakan air.

Beberapa masalah yang berhubung dengan tayamum

1. Orang yang bertayamum kerana tidak ada air tidak wajib   
mengulangi sembahyangnya apabila berjumpa air tetapi   orang yang bertayamum wajib mengulangi mandi junubnya apabila memperolehi air dan mahu mengungulangi sembahyangnya.

2. Boleh bertayamum dengan sebab luka atau kerana terlalu dingin atau terlalu sejuk mungkin merbahayakan kesihatannya.